Ust!..bagaimana saya nak berjuang?..saya bukannya ahli agama..

Jumaat, 5 Februari 2010


bismilah..
Perjuangan itu bukannya disyaratkan kepada orang-orang yang mempelajari agama sahaja, bahkan ianya dituntun oleh Allah swt dan rasulnya kepada semua yang mengakui dirinya muslim..tidak kisahlah anda daripada bahagian kejuruteraan,ekonomi,pertanian ataupun sebagainya..kerana yang utama itu adalah niat..niat yang ikhlaslah akan mendapat pertolongan dan keredhaan daripada allah..

2.mestilah mempertingkatkan pengetahuan islam..kerana orang yang memperjuangkan agama allah harus peka dan faham tentang konsep islam yang sebenar..

3.banyak mendampingi diri dengan Allah swt serta memohon ampun diatas dosa yang telah dilakukan..


Firman Allah swt; "aku telah menamakan kamu orang (muslim) sebelum kamu dilahirkan ke bumi ini lagi..(janin-"dalam perut ibu")supaya rasul itu menjadi saksi atas diri kamu..DAN KAMU PULA MENJADI SAKSI ATAS SEGENAP MANUSIA YANG LAIN"

Kefahaman daripada ayat ini jelas!...bahawa kita sebagai ummat islam wajarnya menyambung risalah rasul saw yang kita cintai..Dan betul!.. rasul itu akan menjadi saksi diakhirat kelak jika sekiranya perjuangan ini diteruskan dan sunnahnya diangkat dan disanjung oleh umat islam..

p/s ust..apakah kaitannya kami dibahagian ekonomi,pertanian,kejuruteraan yang bersangkut paut dengan perjuangan ini?


bismilah...
apapun permasalahan yang timbul difikiran kita cubalah kita kembali kepada Allah serta rasulnya-nabi muhammad saw..
kita sebagai manusia..asal daripada kalimah (nasiya)dalam bahasa arab yang membawa maksud (lupa).sifat pelupa adalah salah satu sifat yang lemah bagi manusia..pokoknya atau intipatinya disini kita manusia adalah diciptakan dengan kelemahan..sebab itulah allah swt menyuruh kita saling tolong menolong antara satu dengan yang lain..

Firman Allah swt; "tolong menolonglah kamu diatas perkara kebaikan dan taqwa"

Didalam satu ayat lagi Allah swt menjelaskan..

Firman Allah; "Dan berpegang teguhlah kamu pada tali Allah(agama Allah)..dan janganlah kamu bercerai berai"-al-imran-103

ayat ini jelas menunjukkan kita sebagai ummat islam!..harus dan harus bersatu..tidak kisahla dari bidang agama, sosial dan sebagainya..kerana apabila kita bersatu maka akan timbullah satu kekuatan yang menggerunkan musuh-musuh islam..Tapi jika kita x bersatu,timbulnya pertelingkahan dan benci membenci..maka sudah tentulah kita akan binasa dengan tangan kita sendiri..wassalam..

1 ulasan:

Che Shihabuddin 6 Februari 2010 pada 1:30 PG  

Salam,bagus.teruskan menulis.

Sama- samalah kita beringat-ingat
Sebelum kita terlambat
Mencetus jiwa bersemangat
Menjalani kehidupan bermuamalat
Kekuatan kaum bergantung muafakat
Masing-masing ada bakat.

Catat Ulasan