DAKWAH DAN TEKNOLOGI??

Ahad, 7 Februari 2010




Bismilah..

Apakah yang dimaksudkan dengan dakwah?
dakwah iaitu menyeru atau mengajak..
iaitu menyeru manusia ke arah mengerjakan kebaikan dan sekaligus mentaati perintah allah swt.
Jadi apa yang nak saya kaitkan disini adalah berkenaan dengan torikoh(jalan) atau wasilah(perantaraan) dakwah..kita sepatutnya mengambil kesempatan yang ada ini, untuk memudahkan lagi pekerjaan amal (ma'ruf nahi mungkar)kita atau kebajikan kita kepada Allah..Kalau dulu para-para ulama' solihin!..terpaksa berhijrah kesana kemari berpuluh puluh batu jauhnya demi untuk menyampaikan agama Allah..Mereka berjuang Demi ingin melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah dimuka bumi ini,begitu berliku perjalannya..tapi mereka sikitpun tidak gentar akan kepayahan yang mereka alami,kerana mereka yakin janji Allah itu benar!..janji Rasul itu benar!..dan syurga itu adalah benar!..Dan Allah tidak sekali memungkiri janjinya..Tetapi lihatla kita pada hari ini, hasil daripada pemikiran-pemikiran yang bernas tercetusnya pelbagai teknologi yang canggih seperti internet,handfon mudah alih,bluetooth,dan sebagainya,yang mana zaman ini digelar sebagai zaman(TEKNOLOGI).
Tetapi manusia itu sering lupa bahawa tercetusnya idiologi-idiologi ini adalah datangnya daripada Allah, dan semua bahan ciptaan itu juga datangnya dari Allah yang maha kuasa.Tapi permasaalahannya,kemana kita menggunakan kemudahan-kemudahan yang telah diberikan oleh Allah itu? kemana wahai sahabat-sahabatku..?kemana kita menggunakannya wahai wanita-wanita seislam denganku..?adakah ini semua tidak akan dipersoalkan oleh Allah kelak??? Fikirkan dan renungkanlah..

Firman Allah swt; ("Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar dilaut membawa apa yang berguna bagi manusia,dan apa yang allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu dia hidupkan bumi sesudah mati (keringnya)dan dia sebarkan dibumi itu segala jenis haiwan dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi.sungguh terdapat tanda-tanda keesaan dan kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir.)

wassalam..")

0 ulasan:

Catat Ulasan