ISLAM AGAMA YG MEMENTINGKAN KESEJAHTERAAN UMMAT...

Jumaat, 5 Februari 2010


Bismilah..
islam adalah agama yang mementingkan kesejahteraan ummat..
kalau kita perhatikan makna (islam) sendiri membawa maksud sejahtera..
sejahtera adalah bilamana seseorang insan yg mengaku dirinya muslim mengikuti segala hukum yg telah diperintahkan oleh allah swt didalam al-quran dan meninggalkan larangannya..
firman Allah; "wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada allah dan rasul,juga pemimpin dikalangan kamu"
ayat ini jelas menunjukkan bahawa kita(muslim) wajib mentaati suruhan allah ya'ni al-quran..dan wajib mentaati rasul saw, ya'ni assunnah nabawiyyah..
dan juga(pemimpin dikalangan kamu) ya'ni pemimpin islam yang adil yang mana mentaati suruhan allah dan rasul,yang mentaati hukum-hukum allah,yang melaksanakan suruhannya, bukannya yang melawan hukum-hakamnya.

ISLAM AGAMA SYUMULIYYAH..

Apakah yang dimaksudkan dengan "syumuliyyah"?
syumuliyyah adalah membawa maksud "menyeluruh"
iaitu islam adalah agama yang bersifat menyeluruh samada darisegi ibadat ataupun muamalat.
firman Allah Swt: (katakanlah sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, tuhan semesta alam.)-(surah An'aam-162)

1.Apakah yang dimaksudkan dgn "solat" didalam ayat ini..?
solat disini bermaksud iaitu setiap sembahyang,ibadat,doa,dan setiap daripadanya adalah ibadat..

2.(ibadat)adalah bermaksud seseorang muslim yang menyandarkan stiap amalannya kepada Allah swt dan mendapat ganjaran daripada allah sesudah dibangkitkan pada hari kiamat kelak.Ibadah yang dimaksudkan didalam ayat ini lebih cenderung kepada muamalat..ini jelas menunjukkan bahawa islam bukanlah agama yang hanya menitik beratkan soal ibadat(solat) sahaja, malah turut menitik beratkan didalam hal yang berkaitan dengan kehidupan manusia seharian..

Justeru itu..kita sebagai (UMMAT ISLAM) yang mengaku "INNI AKHOFULLAH" bahawa kita adalah orang yang takut kepada Allah,yang mengaku bahawa kita Ummat Nabi Muhammad Saw..WAJIB! TAAT DAN PATUH! DIDALAM SETIAP HUKUM YANG DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH SAMA ADA DARISEGI IBADAT ATAUPUN MUAMALAT(JUAL,BELI,UNDANG-UNDANG NEGARA,JENAYAH,)DAN SEBAGAINYA..WALLAHU A'LAM..

0 ulasan:

Catat Ulasan