FLIGHT TERAKHIR KE MALAYSIA..

Khamis, 18 Februari 2010

BISMILLAH..
Rasanya sudah hampir seminggu ana tidak meng-update blog ni..tapi kali ini saya ingin mencoretkan sedikit pengalaman saya semasa bersama dengan ustaz hasrizal ataupun dikenali dengan (saiful islam)..ceritanya bermula pada saat pertemuan dengannya didalam sebuah kapal terbang,sewaktu itu kami sama-sama hendak pulang ke malaysia.Tapi ana rasa ana adalah orang yang sangat bertuah waktu itu kerana dalam sahabat-sahabat ana yang lain ana terpilih untuk duduk disebelah ust hasrizal didalam flig tersebut..sepanjang perjalanan selama lebih kurang dua jam setengah kami berada didalam flig tersebut, pelbagai nasihat dan ilmu dikongsi bersama..ana rasa sungguh kagum dengan ilmu dan pengalaman yang dimilikinya.Antara yang dikongsi adalah berkenaan dengan (kefahaman terhadap agama)-isu yang dikemukakan adalah-tentang wanita yang bertudung).Ada wanita yang mendakwa bahawa bukanlah semua golongan wanita yang tidak bertudung ini jahat dan bukanlah semua golongan wanita yang bertudung ini baik,malah lebih teruk dari yang tidak bertudung..Jawab (ust hasrizal) berkenaan dengan masalah ini kembali kepada satu konsep yang dikenalikannya sebagai (input+proses+output)
1.input adalah berkenaan dengan akidah ataupun pegangan kita sebagai umat islam.
2.proses pula adalah ibadah kita kepada Allah setelah kita beriman(input).
3.output diterjemahkan pula kepada akhlak(perangai) ..
konsep ini menjadi usul kepada masalah yang diceritakan tadi..setelah beliau yakin bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan nabi muhammad saw itu sebagai rasulnya,maka beliau berpindah kepada proses (ubudiyyah) iaitu mengabdikan diri kepada Allah termasukla (bertudung).Tetapi permasalahan yang berlaku kenapa maksiat masih dilakukannya? ini kerana mungkin terdapat kecacatan atau kesilapan didalam (proses) iaitu ibadahnya kepada Allah..Dan hasilnya(output) adalah negatif.

0 ulasan:

Catat Ulasan