FLIGHT TERAKHIR KE MALAYSIA..

Khamis, 18 Februari 2010

BISMILLAH..
Rasanya sudah hampir seminggu ana tidak meng-update blog ni..tapi kali ini saya ingin mencoretkan sedikit pengalaman saya semasa bersama dengan ustaz hasrizal ataupun dikenali dengan (saiful islam)..ceritanya bermula pada saat pertemuan dengannya didalam sebuah kapal terbang,sewaktu itu kami sama-sama hendak pulang ke malaysia.Tapi ana rasa ana adalah orang yang sangat bertuah waktu itu kerana dalam sahabat-sahabat ana yang lain ana terpilih untuk duduk disebelah ust hasrizal didalam flig tersebut..sepanjang perjalanan selama lebih kurang dua jam setengah kami berada didalam flig tersebut, pelbagai nasihat dan ilmu dikongsi bersama..ana rasa sungguh kagum dengan ilmu dan pengalaman yang dimilikinya.Antara yang dikongsi adalah berkenaan dengan (kefahaman terhadap agama)-isu yang dikemukakan adalah-tentang wanita yang bertudung).Ada wanita yang mendakwa bahawa bukanlah semua golongan wanita yang tidak bertudung ini jahat dan bukanlah semua golongan wanita yang bertudung ini baik,malah lebih teruk dari yang tidak bertudung..Jawab (ust hasrizal) berkenaan dengan masalah ini kembali kepada satu konsep yang dikenalikannya sebagai (input+proses+output)
1.input adalah berkenaan dengan akidah ataupun pegangan kita sebagai umat islam.
2.proses pula adalah ibadah kita kepada Allah setelah kita beriman(input).
3.output diterjemahkan pula kepada akhlak(perangai) ..
konsep ini menjadi usul kepada masalah yang diceritakan tadi..setelah beliau yakin bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan nabi muhammad saw itu sebagai rasulnya,maka beliau berpindah kepada proses (ubudiyyah) iaitu mengabdikan diri kepada Allah termasukla (bertudung).Tetapi permasalahan yang berlaku kenapa maksiat masih dilakukannya? ini kerana mungkin terdapat kecacatan atau kesilapan didalam (proses) iaitu ibadahnya kepada Allah..Dan hasilnya(output) adalah negatif.

Read more...

DAKWAH DAN TEKNOLOGI??

Ahad, 7 Februari 2010




Bismilah..

Apakah yang dimaksudkan dengan dakwah?
dakwah iaitu menyeru atau mengajak..
iaitu menyeru manusia ke arah mengerjakan kebaikan dan sekaligus mentaati perintah allah swt.
Jadi apa yang nak saya kaitkan disini adalah berkenaan dengan torikoh(jalan) atau wasilah(perantaraan) dakwah..kita sepatutnya mengambil kesempatan yang ada ini, untuk memudahkan lagi pekerjaan amal (ma'ruf nahi mungkar)kita atau kebajikan kita kepada Allah..Kalau dulu para-para ulama' solihin!..terpaksa berhijrah kesana kemari berpuluh puluh batu jauhnya demi untuk menyampaikan agama Allah..Mereka berjuang Demi ingin melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah dimuka bumi ini,begitu berliku perjalannya..tapi mereka sikitpun tidak gentar akan kepayahan yang mereka alami,kerana mereka yakin janji Allah itu benar!..janji Rasul itu benar!..dan syurga itu adalah benar!..Dan Allah tidak sekali memungkiri janjinya..Tetapi lihatla kita pada hari ini, hasil daripada pemikiran-pemikiran yang bernas tercetusnya pelbagai teknologi yang canggih seperti internet,handfon mudah alih,bluetooth,dan sebagainya,yang mana zaman ini digelar sebagai zaman(TEKNOLOGI).
Tetapi manusia itu sering lupa bahawa tercetusnya idiologi-idiologi ini adalah datangnya daripada Allah, dan semua bahan ciptaan itu juga datangnya dari Allah yang maha kuasa.Tapi permasaalahannya,kemana kita menggunakan kemudahan-kemudahan yang telah diberikan oleh Allah itu? kemana wahai sahabat-sahabatku..?kemana kita menggunakannya wahai wanita-wanita seislam denganku..?adakah ini semua tidak akan dipersoalkan oleh Allah kelak??? Fikirkan dan renungkanlah..

Firman Allah swt; ("Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar dilaut membawa apa yang berguna bagi manusia,dan apa yang allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu dia hidupkan bumi sesudah mati (keringnya)dan dia sebarkan dibumi itu segala jenis haiwan dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi.sungguh terdapat tanda-tanda keesaan dan kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir.)

wassalam..")

Read more...

Ust!..bagaimana saya nak berjuang?..saya bukannya ahli agama..

Jumaat, 5 Februari 2010


bismilah..
Perjuangan itu bukannya disyaratkan kepada orang-orang yang mempelajari agama sahaja, bahkan ianya dituntun oleh Allah swt dan rasulnya kepada semua yang mengakui dirinya muslim..tidak kisahlah anda daripada bahagian kejuruteraan,ekonomi,pertanian ataupun sebagainya..kerana yang utama itu adalah niat..niat yang ikhlaslah akan mendapat pertolongan dan keredhaan daripada allah..

2.mestilah mempertingkatkan pengetahuan islam..kerana orang yang memperjuangkan agama allah harus peka dan faham tentang konsep islam yang sebenar..

3.banyak mendampingi diri dengan Allah swt serta memohon ampun diatas dosa yang telah dilakukan..


Firman Allah swt; "aku telah menamakan kamu orang (muslim) sebelum kamu dilahirkan ke bumi ini lagi..(janin-"dalam perut ibu")supaya rasul itu menjadi saksi atas diri kamu..DAN KAMU PULA MENJADI SAKSI ATAS SEGENAP MANUSIA YANG LAIN"

Kefahaman daripada ayat ini jelas!...bahawa kita sebagai ummat islam wajarnya menyambung risalah rasul saw yang kita cintai..Dan betul!.. rasul itu akan menjadi saksi diakhirat kelak jika sekiranya perjuangan ini diteruskan dan sunnahnya diangkat dan disanjung oleh umat islam..

p/s ust..apakah kaitannya kami dibahagian ekonomi,pertanian,kejuruteraan yang bersangkut paut dengan perjuangan ini?


bismilah...
apapun permasalahan yang timbul difikiran kita cubalah kita kembali kepada Allah serta rasulnya-nabi muhammad saw..
kita sebagai manusia..asal daripada kalimah (nasiya)dalam bahasa arab yang membawa maksud (lupa).sifat pelupa adalah salah satu sifat yang lemah bagi manusia..pokoknya atau intipatinya disini kita manusia adalah diciptakan dengan kelemahan..sebab itulah allah swt menyuruh kita saling tolong menolong antara satu dengan yang lain..

Firman Allah swt; "tolong menolonglah kamu diatas perkara kebaikan dan taqwa"

Didalam satu ayat lagi Allah swt menjelaskan..

Firman Allah; "Dan berpegang teguhlah kamu pada tali Allah(agama Allah)..dan janganlah kamu bercerai berai"-al-imran-103

ayat ini jelas menunjukkan kita sebagai ummat islam!..harus dan harus bersatu..tidak kisahla dari bidang agama, sosial dan sebagainya..kerana apabila kita bersatu maka akan timbullah satu kekuatan yang menggerunkan musuh-musuh islam..Tapi jika kita x bersatu,timbulnya pertelingkahan dan benci membenci..maka sudah tentulah kita akan binasa dengan tangan kita sendiri..wassalam..

Read more...

APAKAH TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI SEORANG MUSLIM..??


Ramai dikalangan kita apabila ditanya.."kamu muslim?jawabnya... eh! mestilah islam.
Tapi apabila ditanya,apakah sumbangan kamu pada agama? maka ..kebanyakannya seperti bangkai yang bernyawa..ramai juga yang mengaku cintakan islam..tapi sayangnya.. cinta itu hanya pada kata-kata sahaja bukannya pada perbuatan..cinta itu seharusnya dibukti dengan keikhlasan dan pengorbanan..Tengok sahaja para-para sahabat yang membuktikan cinta mereka pada islam..Abu bakar as-siddiq sanggup mengorbankan hartanya demi untuk melihat panji islam tertegak megah dimuka bumi ini..bagaimana sahabat-sahabat baginda yang lain membeli cinta Allah dengan darah mereka..sehinggalah! Allah swt menjanjikan balasan yang paling baik untuk mereka-mereka yang berjuang dijalan Allah iaitu "SYURQA FIRDAUS"..Maka apakah kita sudah membuktikan cinta kita pada Allah dan rasulnya?buktikanlahh! wahai sahabat seperjuangan ku..buktikanlah! kalau benar kamu menyayangi agamamu..buktikanlahh! jikalau benar atau sungguh! kamu ini menyintai agamamu..

Firman Allah swt: "Dan hendaklah ada dikalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan,menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar,merekalah orang-orang yang beruntung"-al imran-104)


Firman Allah swt: "kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar,dan beriman kepada Allah.-al imran-110)


Firman Allah swt: "mereka beriman kepada Allah dan hari penghabisan mereka, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar dan bersegera mengerjakan pelbagai kebajikan dan mereka itulah termasuk dikalangan orang-orang yang soleh.

inilah tanggungjawab yang harus kita pikul bersama..inilah perjuangan dan inilah tanda kecintaan kita pada islam..semoga apa yang kita lakukan mendapat keredhaan daripada Allah..wassalam")

Read more...

ISLAM AGAMA YG MEMENTINGKAN KESEJAHTERAAN UMMAT...


Bismilah..
islam adalah agama yang mementingkan kesejahteraan ummat..
kalau kita perhatikan makna (islam) sendiri membawa maksud sejahtera..
sejahtera adalah bilamana seseorang insan yg mengaku dirinya muslim mengikuti segala hukum yg telah diperintahkan oleh allah swt didalam al-quran dan meninggalkan larangannya..
firman Allah; "wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada allah dan rasul,juga pemimpin dikalangan kamu"
ayat ini jelas menunjukkan bahawa kita(muslim) wajib mentaati suruhan allah ya'ni al-quran..dan wajib mentaati rasul saw, ya'ni assunnah nabawiyyah..
dan juga(pemimpin dikalangan kamu) ya'ni pemimpin islam yang adil yang mana mentaati suruhan allah dan rasul,yang mentaati hukum-hukum allah,yang melaksanakan suruhannya, bukannya yang melawan hukum-hakamnya.

ISLAM AGAMA SYUMULIYYAH..

Apakah yang dimaksudkan dengan "syumuliyyah"?
syumuliyyah adalah membawa maksud "menyeluruh"
iaitu islam adalah agama yang bersifat menyeluruh samada darisegi ibadat ataupun muamalat.
firman Allah Swt: (katakanlah sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, tuhan semesta alam.)-(surah An'aam-162)

1.Apakah yang dimaksudkan dgn "solat" didalam ayat ini..?
solat disini bermaksud iaitu setiap sembahyang,ibadat,doa,dan setiap daripadanya adalah ibadat..

2.(ibadat)adalah bermaksud seseorang muslim yang menyandarkan stiap amalannya kepada Allah swt dan mendapat ganjaran daripada allah sesudah dibangkitkan pada hari kiamat kelak.Ibadah yang dimaksudkan didalam ayat ini lebih cenderung kepada muamalat..ini jelas menunjukkan bahawa islam bukanlah agama yang hanya menitik beratkan soal ibadat(solat) sahaja, malah turut menitik beratkan didalam hal yang berkaitan dengan kehidupan manusia seharian..

Justeru itu..kita sebagai (UMMAT ISLAM) yang mengaku "INNI AKHOFULLAH" bahawa kita adalah orang yang takut kepada Allah,yang mengaku bahawa kita Ummat Nabi Muhammad Saw..WAJIB! TAAT DAN PATUH! DIDALAM SETIAP HUKUM YANG DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH SAMA ADA DARISEGI IBADAT ATAUPUN MUAMALAT(JUAL,BELI,UNDANG-UNDANG NEGARA,JENAYAH,)DAN SEBAGAINYA..WALLAHU A'LAM..

Read more...